Malaysia Tingkatkan Keamanan Siber

Malaysia Tingkatkan Keamanan Siber

Ist

SHNet, KUALA LUMPUR – Federasi Malaysia dilaporkan lebih meningkatkan keamanan siber dalam tahun anggaran 2018, mengingat tingkat ancaman di dunia maya sudah semakin nyata.

“Perkuatan sektor pendigitalan dalam Bajet 2018 perlu turut memberi fokus dan tumpuan yang lebih terhadap keselamatan siber memandangkan negara kini sedang menuju ke arah penggunaan teknologi peranti sepenuhnya yang berkonsepkan internet saling berhubung atau Internet of Things (IOT),” kata Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab sebagamana dilansir Utusan Malaysia.com, Senin (23/10).

Menurut Amirudin, tingkatan ancaman siber di negara ini semakin meresahkan, dampak meningkatnya penggunaan internet dan teknologi digital seperti perkomputeran awan atau cloud computing semakin meningkat terutama dalam sektor perniagaan.

“Sehingga bulan September 2017, kami telah menerima sebanyak 9,274 aduan berkaitan jenayah siber melalui talian penting kami yaitu Cyber 999,” kata Amuruddin.

“Kasus yang paling kerap kami perlu tangani daripada aduan berkenaan adalah mengenai penipuan siber sebanyak 2,889 kes diikuti oleh pencerobohan maklumat dan pencabulan siber, masing-masing mencatatkan bilangan kes sebanyak 1,660 dan 463,” katanya ketika ditemui pada pembentangan laporan terkini mengenai senario keselamatan siber di negara ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur, Senin (23/10).

Sehubungan itu, Amirudin berkata, kempen CyberSAFE yang diadakan sejak tahun 2009 adalah salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan siber dalam menangani masalah berkenaan.

Menurut Amiruddin, ini karena ruang siber tanpa batasan jika tidak ditangani dengan sebaiknya, mampu menghancurkan negara. “Hari ini, ancaman siber merupakan salah satu cabaran yang besar dan sukar kerana bukan sahaja melibatkan keselamatan negara malah mampu menggugat sektor ekonomi kita.”

“Jadi, kami berharap dapat bekerjasama dengan semua pihak untuk meneruskan komitmen kami dalam membina dan mengekalkan ruang siber yang lebih selamat untuk Malaysia,” kata Amiruddin. (Aju)